Produk NUHA mula diperkenalkan pada tahun 2013. Hasil daripada idea pasangan suami isteri dari bandaraya MELAKA Bersejarah.
Pasangan suami isteri ini memulakan perniagaan bawang goreng pada permulaannya hanya di belakang rumah sahaja. Berkat kesabaran dan ketekunan, mereka dapat membesarkan pasaran di sekitar negeri Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur. Selepas itu, perniagaan nya berpindah ke shoplot dan terus ke kilang pada tahun 2018.
NUHA FOOD SDN BHD kini berada di MELAKA HALAL HUB , SERKAM, MELAKA. Pada mulanya, NUHA lebih memfokuskan kepada Bawang Goreng sahaja. Kemudian, syarikat NUHA berkembang dari masa ke masa dengan pertambahan beberapa SKU permintaan daripada pelanggan NUHA iaitu Bawang Putih Goreng, Serunding Bilis dan Halia Goreng.
Dengan melihat kepada permintaan pasaran pada masa kini, NUHA mengambil initiatif untuk membuka pasaran baru bernama NUHA MARKET, lebih kepada virtual kedai yang tiada kedai fizikal dan menjalankannya 100% ONLINE.
Di harapkan NUHA sentiasa di terima oleh masyarakat MALAYSIA dan usaha menjadikan NUHA prefered BRAND bagi setiap golongan rakyat negara ini.
InsyaAllah